Artis Singapura

Laman Web Artis Sudah Tidak Lagi Diteruskan. Harap Maklum

Hady Mirza!!!!

Muhammad Mirzahady Bin Amir ataupun lebih dikenali sebagai Hady Mirza amat terkenal dalam kalangan masyarakat Kota Singa, di Singapura.Namanya kerap menitir pada setiap mulut warga disana tidak mengira usia samada tua atau muda, sejak Hady menjuarai pertandingan Singapore Idol musim kedua pada tahun 2006.

Artis yang berbintang Aquarius ini telah mengikut jejak idolnya iaitu Taufik Batisah yang juga pernah menjuarai Singapore Idol musim pertama. Hady yang terkenal dengan suaranya yang lunak dan keperibadiannya yang mempersonakan telah diumumkan sebagai pemenang Singapore Idol di Singapore Indoor Stadium pada 25 September 2006. Hady yang lahir pada 28 Januari 1980,berjaya meraih sebanyak 70 peratus daripada lebih kurang sejuta undian daripada penonton.

Anak kelahiran Singapura ini, tersohor dengan kebolehannya menyampaikan lagu Pop, Rock, Soul dan juga R&B.Hady yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang profesional sewaktu kecil dahulu, melibatkan diri dalam bidang nyanyian ketika berumur 8 tahun.

Hady yang merupakan seorang penyanyi pub sebelum memasuki pertandingan nyanyian Singapore Idol ini,menggambarkan dirinya 3S’s: mudah, tabah dan degil (simple, strong-willed and stubborn).

Hady yang meminati Robbie Williams, Jamie Cullum,Babyface, Boyz II Men, Lion King,dan Peter Cetera telah mengeluarkan album sulungnya yang bertajuk Hady Mirza. Pada 13 November 2006, album ini telah dikeluarkan di Singapura dan Hady telah menerima anugerah Platinum selepas 4 hari albumnya dikeluarkan.

Aliff Aziz…..

Aliff Aziz, penyanyi remaja yang baru mencecah usia 17 tahun ini, adalah seorang juara ‘Anugerah 2007’, iaitu sebuah rancangan realiti televisyen anjuran MediaCorp yang disiarkan TV12 di Singapura.Aliff telah menggegarkan industri muzik di Malaysia dan Singapura dengan suara berbisiknya dan terkenal dengan lagu Sayang-Sayang.

Anak pertama daripada tiga orang adik beradik ini, merupakan artis kegilaan remaja perempuan terutamanya, kerana memiliki raut wajahnya yang tampan ditambahkan lagi lesung pipit di pipi.

Sejak kecil lagi, anak kepada Encik Aziz Sapdan dan Cik Siti Hafiza Sheik Mohamad, telah berjinak-jinak dalam aktiviti menyanyi dengan sesi karaoke di rumah bersama saudara-mara dan keluarga.Sebelum memasuki pertandingan ‘Anugerah’ Mohd Aliff Aziz telah menyertai peraduan menyanyi Teen Star @ South West anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Southwest bersama adiknya Nur Aisyah.Adik beradik tinggi lampai ini, telah berjaya meraih, juara dan naib juara dalam pertandingan tersebut.Aliff yang meminati Taufik Batisah, iaitu pemenang Singapore Idol pertama, dilahirkan pada 16 Februari 1991 dan gemar mengumpul koleksi jam tangan.

Aliff telah mengeluarkan sebuah album yang bertajuk AliffAziz yang memuatkan beberapa buah lagu seperti Sayang-Sayang, Ku Sendiri, Cinta Arjuna iaitu sebuah lagu Mandarin dalam versi Melayu yang cukup popular berjudul “Tong Hua” nyanyian asal Micheal Wong dan banyak lagi.

Share/Save/Bookmark

        

         OTHER INTERESTING RELATED POSTS:

Copyright © 2008 by Afiq's Blog - My Blog | My Life | My Journey | My Motivation | My Inspiration [Best Viewed With Mozilla Firefox and Broadband Connection]